Mat Akhir's Daughter

Si gadis manis lagi ayu yang masih muda tetapi bercita-cita tinggi dan berfikiran seperti orang yang lebih matang...
*pemalu
*garang
*SETIA
*sopan
*berani
*cool
#jangan segan2 utk berkenalan dgn saya..peace..!! :)

Monday 1 October 2012

Diam tanpa sebarang berita..

Assalamualaikum..

Entah kenapa myra terasa nak update blOg myra dgn cerita2 myra dgn si dia.. Mungkin bila myra cerita dan tulis apa yang myra rasa sekarang,myra mungkin akan berasa lega sedikit.. Harap pembaca sudi membaca.
Sebenarnya sudah masuk empat hari, myra dan dia tidak bertegur sapa tanpa myra tahu apa yang berlaku antara kami berdua..secara tiba-tiba dia langsung tidak hubungi myra secara sms mahupun call..pada mulanya, bila dia buat macam tu, myra pon berkeras hati tidak hubunginya..tapi sudah lumrah, myra tetap akan cari dia. Bila myra sms dia, xda respond langsung..banyak mana myra sms,,tetap x dibalas.. Myra cuba call dia berkali-kali tapi hampa..satu panggilan pon dia x jawab.. Jujur myra xtahu apa yang tengah berlalu sekarang ni. Myra ada tinggalkan sms untuk dia, dlm sms tu berbunyi, 'kamu ada xpuas hati apa-apa dengan saya ka? Kalau kamu ada terasa hati kat mana-mana dengan saya, saya mintak maaf. Tapi bagi tahu la saya,,bukannya diam cmni'.. Tapi hampa,,sms myra tetap tidak dibalas.. Myra terus call dan call,,tetap hampa..malahan sakit hati yang myra dapat. Dia penah pesan dekat myra, andai berlaku apa-apa antara kami berdua, jangan panjang-panjangkan masalah..cuba untuk berbincang elok-elok..tapi apa yang berlaku sekarang,sebaliknya.. Dia yang hilang tanpa khabar berita..sebenarnya myra sedih.. Sebelom perkara ni terjadi, kami ok ja alhamdulillah. Tak ada masalah, walaupun gaduh sikit-sikit, itu perkara biasa..sekejap je dah berbaik semula. Dan beberapa hari sebelum kejadian, semasa kami berSMS, dia ada ingatkan saya, walau apa pon yang berlaku, dia taknak berpisah, dan meminta myra supaya jangan macam-macam di belakang dia. Myra ingat lagi dan akan ingat semua tu. Sebab tu myra tak faham, kenapa tiba-tiba dia jauhkan diri dari myra? Mungkin dia ada terasa hati apa-apa dengan myra, yela kadang-kadang manusia ni tak sedar bila bercakap, ikot emosi.. Tapi myra dh sms dia, myra minta maaf andai dia terasa atau tersinggung dengan myra.. Myra taknak la perkara ni sampai mengganggu hubungan kami berdua. Sebab tu myra terus sms dan call dia walaupun dia x jawab.. TAPI, selepas berpuluh sms dan call yang myra buat, akhirnya satu sms myra terima dari dia. Dia balas sms myra kali ni.. Sms tersebut macam ni 'jangan kacau saya, kamu faham kan, k..' Hampa hati saya masa baca sms tu. Lumrah seorang perempuan, hatinya lembut.. Tiba-tiba airmata saya jatuh,sedih.. Lepas beberapa minit selepas tu, myra balas sms dia. Myra cakap ''baiklah,,saya takkan ganggu lagi lepas ni dan saya faham.''.. Itu sms terakhir saya kepada dia. Walaupun saya masih tak pasti apa yang sedang berlaku, tapi saya harus hormat permintaan dia. Mungkin benar cakap dia, saya mengganggu. Myra minta maaf andai myra buat awak tersinggung dengan kata-kata saya. Walaupun saya diam tanpa hubungi awak, tapi hati dan fikiran saya tetap memikirkan awak. Setiap minit saya melihat handphone saya, berharap awak hubungi saya lagi.. Walaupun hampa, saya tetap tunggu. Saya percaya, ada sesuatu yang buat awak marah sehingga awak jadi macam ni. Saya jugak nak kamu tahu, sebenarnya saya amat rindukan awak Nazril. Saya yakin awak juga rindukan saya.. Saya sentiasa nantikan awak..harap awak akan maafkan saya.. Akhir kata dari saya, apa pon yang terjadi, saya tetap sayangkan awak. Bukan sebagai seorang teman lelaki, tetapi sebagai bakal iman untuk diri saya nanti. Saya sayangkan awak daddy. Maafkan mummy >_<

Wednesday 18 April 2012

Kami bersama..

Assalamualaikum kawan kawan..
Hari ni myra ade crita yang nak dikongsi dengan kawan kawan suma.. Myra dengan Nazril dah berbaik semula.. Alhamdulillah,,bersyukur sangat.. Thanks ya Alllah.. Semoga Allah merestui hubungan kami berdua..
Setelah berminggu minggu kami bermasam muka,,baru sekarang kami mula bertegur semula.. Minngu depan myra nak balik Kedah,,so boleh la myra jumpa dengan dia..dah lama xjumpa,,rindu sangat.. Myra xtau cmna nak cakap,,myra sangat sangat sayangkan dia.. Bila hubungan kami dah bersatu semula,,myra bersyukur sangat.. 
Alhamdulillah..Allahu akbar..!! :)

Sunday 15 April 2012

Si Gadis Lily..AQUARIUS

Dikenali dengan keunikan bentuk fizikalnya yang besar dan mekar seperti bintang serta mempunyai kemanisan haruman tersendiri, bunga lily mempunyai keagungan 'masterpiece' yang tersendiri. Sekiranya anda mencari bunga yang melambangkan persahabatan dan kesetiaan, bunga lily mempunyai ciri-ciri dan kualiti tersebut. Terdapat dalam pelbagai warna dan jenis, pada asasnya juga melambangkan ketulinan, penghormatan dan sumber aspirasi..

Friday 6 April 2012

Wanita Cantik..

Siapa Wanita Cantik?
Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI

dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Khas untuk dirimu…Dirimu yang sedap mataku memandang.Cantik itu subjektif!

Wednesday 21 March 2012

cUit sAna siNi..

Assalamualaikum..pEw khabar?? dah lama admin x upDates blOg nie..hehe
Myra ade banyAk cite nak kOngsi sebenarnya..ade yang seDih,,ade yang hAppy..hEhehE :)
ok,,kitA cHill2 dUlu dengAn citer hAppy..bAwu2 ni myra dApat baLik kampung..myra dApat jUmpa family,,jumpa dengan bUah hati pEngarang jantUng myra..bEst taw uuoollllssss...!! Myra kUar jaLan2,,spEnd time ngAn Mr.Capital N,,dapat makan mAkanan yang sEdap2..hUhhu.. <3
pAstu biLa myra dAh habis cUti,,myrA baLik smUla ke kOlej..myra dAh dApat resUlt miDterm..tApi xsemUa lagi yang myra dApat..cuma 3 sbjEk je yang myra tAw...hehehehehe~~ myrA dpAt sbjEk tOur pLanning 88mark,,farEs & tickEting 92,,ABACUS 95.. :) Alhamdulillah.. myra hArap sangat2 sEm ni myra dApat naikkan pointEr myra... tHanks ya Allah..
yAng sedihnya pLak,,mAk myra xbrApa siHat laa...dah banyAk kLinik dah pEgi,,tapi samA jew...myra harAp mak myra kUat hadapi ujianNya ini.. :(  pAstu lepAs myra baLik je kB,myrA gadOh ngAn capitAl N..sbAb myra tegUr tentAng masa depAn dia..saLah ke?? myra bUkan nak busybOdy sal dia tApi yElah,,kalAu dah nAk bersAma nanti,,mesti laa myrA nak dia berjAya..bawu bLeh jaga myrA..kAn?? tApi tulah,,myrA pLAk dikatakAn SIBUK sal dia..tErasanya hati..tApi dia wAt keriNg jew...rAsa mcm nAk tampAr je mUka dia kalau dia ade depan mata.. :p
xpElaa,,nanti kalau ade pApe lagi yang myra nAk kOngsi,,myra updates lagi yee...tHanks kerAna membaca.. <3 lOve u all.. byEe.. :)

Thursday 29 December 2011

BOSAN..

Kenapa kamu suka bagi saya marah & spoilkan mood saya? Sakit hati betul laa.. Time saya free cam malam ni,,kamu wat bodo ja kan kat saya.. Tak faham bahasa ka yang saya bosan? Time kamu bosan tau plak nak ajak saya kuar teman kamu..tapi time saya?? Bila masa saya kuar terhad,,time tu la kamu plan macam2.. Kamu saja kan?? Hmmm...
Tak paya nak bagi alasan yang kamu tak tau & takda idea nak pegi mana sedankan dari semalam lagi saya dah bagitau kamu mana saya nak p malam ni.. Kamu memang saja nak bagi jadi fed up dengan perangai kamu. Ooo,,kalau orang lain plan pape,,laju je kan kamu?? Mai time saya,,kamu wat lupa boleh.. Memang dasar @#$%*^!$
Dah ar,,tak pe ar tak kuar pon..tapi jangan tanya saya kenapa la kan pasni saya jadi macam sial je bila nak kuar ngan kamu.. Sangat menyakitkan hati..!!! Pegi MAM la budak.. Malam ni mood aku nak F**K hang...
Kbai..~~

Tuesday 6 December 2011

Berubah..

Awat kamu berubah cmni?? Saya bukan xsuka kalau kamu berubah kearah kebaikan,,tapi kamu buat suma ni mesti sebab kawan2 kamu kan? Dan sebab kamu xnak dicabar depa,,kamu pon berubah...cuma saya xpasti perubahan ni sampai bila,,mungkin hanya 'hangat-hangat taik ayam'.. Sory to say..kamu memang camtu slama saya kenal kenal kamu.. Tolong laa,,jangan nak hipokrit boleh x? Saya cakap camni bukan sebab saya nk down kn kamu tapi kalau sekadar nak menunjuk,,saya rasa baik xpayah.. Apa yang kamu buat sekarang ni ada 2 impact..1 kebaikan,,1 keburukan... Kebaikannya ialah kamu cuba jauhi maksiat sebab berduaan lelaki & perempuan adalah maksiat..ok,,itu bagus.. Keburukannya pulak ialah kamu berbuat sedemikian dengan hati yang  xikhlas menyebabkan orang lain terasa hati dengan kamu.. Selain itu,,mungkin kamu cuba jauhkan untuk berduaan tapi kalau kamu melakukan maksiat dengan cara lain seperti tengok video lucah,,ngomel tentang 'awek2 seksi' atau pergi tempat2 maksiat,,apa kebendanya tuu??? Saya kenal sapa kamu,,jadi kamu xpayah laa cuba nak berdalih dengan saya..mungkin betul kamu nak berubah,,tapi saya xyakin adalah semua ni selamanya.. Saya rasa,,lebih baik kamu jadi diri kamu sendiri daripada buat2 baik dengan hanya sementara.. Saya tahu sedikit sebanyak kamu tahu tentang agama..tapi bila kamu nak nasihat sesuatu kepada orang lain,,kamu seperti memerli orang itu sedangkan apa yang kamu perli tu pon,,kamu lakukan jugak..adakah ini adil?? Dont judge a book by its cover.!! Sesungguhnya orang yang kurang ilmu itu lebih pandai untuk bersikap lebih baik daripada orang yang berilmu.. Korang ada ilmu,,tapi mulut & hati korang kosong.. Sory to say...saya bukan nka lemahkan kamu tapi ini yang terjadi.. Saya sedar saya jauh dari jalan Allah..tapi saya masih tahu untuk hormatkan orang lain dan tahu apa itu ikhlas.... Moga kita akan sama2 sedar... Kbai..